Tingkatkan trafik blog anda
Dalam post ini, aku akan kongsikan beberapa cara untuk tarik pelawat ke blog melayu untuk tunaikan janji pada post yang lepas. Teknik ini juga boleh digunakan untuk blog BI atau apa blog sekali pun.
1) Blog walking
Untuk teknik pertama ini, korang perlu berjalan-jalan(melawat) blog orang lain dan tinggalkan jejak korang di blog itu. Nak tinggalkan jejak ada dua cara iaitu komen post mereka dan spam komen diruangan chat.
2) Bertukar link dengan blogger lain
Ini adalah satu amalan blogger suka lakukan. Blogger suka buat link exchange ini untuk naikkan PR dan menambahkan backlink. Selain itu, dengan aktiviti ini juga meraka boleh dapat pelawat dari blog yang mereka bertukar link.
3) Forum
Selain menjadi tempat “membuang masa” dan borak-borak, korang juga boleh menarik rakan-rakan forum ke blog korang. Caranya dengan menggunaka signature. Signature ini akan muncul disetiap post yang korang buat. Ayat kat signature tu kena buat menarik sikit. Lagi satu cara yang korang boleh guna adalah dengan buat post diblog dan buka satu thread di forum mengenai post tersebut. Pastikan post korang tu bermenfaat untuk ahli forum.
4) Search Engine Optimozation (SEO)
Sebaik-baiknya jangan lupa untuk SEOkan blog anda. Tidak kiralah dalaman atau pun luaran blog. Install plugin yang boleh membantu dari segi SEO, tambah backlink dan sebagainya. Ini supaya blog korang boleh mendapat kedudukan yang terbaik di Search Engine.
5) Post yang menarik dan sentiasa update
Adalah menjadi satu kebanggaan seorang blogger mampu menarik minat pelawat datang kembali ke blog selepas kali pertama kunjungan mereka. Mereka mungkin akan tolong anda memperkenalkan blog korang kepada rakan-rakan mereka. Pelwat akan datang kembali ke blog korang sekiranya blog korang mengandungi post yang menarik dan berinformasi dan sentiasa update. (Jangan jadi seperti aku
)
Lima teknik ini adalah cara asas untuk menarik pelawat ke blog korang. Aku selalu buat yang empat pertama sahaja. Cara kelima tu susah sikit sebab aku bukanlah seorang yang mempunyai kemahiran mengarang. Post aku tak menarik dan jarang update (tengah latih diri untuk berubah).







Nice tips bro! Kelima-lima ttips tu saya buat dan memang berkesan. Dari tak de orang datang ke blog jadi ramai yang datang hehe..
Bro tulis menarik pe. Kalau tak menarik, tak kan saya bagi komen ni ka