Dah lama juga saya tidak kongsi tip mengenai buat duit diinternet. Saya terniat nak buat post ini sebab saya lihat ramai otai/pakar yang mempromosikan aweber/getresponse dalam panduan mereka. Saya bukan nak kondem tapi hanya nak ingatkan terutamanya yang baru nak bermula dengan pemasaran email.
Ya, saya akui memang sistem yang disediakan oleh aweber/getresponse terbaik setakat ini. Harga dia pun memang terbaik juga. Kalau tiada perancangan yang rapi, usaha untuk buat duit dengan pemasaran email akan terbantu. Saya tak sembang kosong. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sepanjang 2 tahun menggunakan pemasaran email.
Sebagai permulaan, saya sarankan anda yang baru nak bermula janganlah terus menggunakan aweber/getresponse. Bukan apa, aweber/getresponse ini menggunakan sistem harga “Pay As You Grow” dimana semakin banyak list yang anda kumpul, semakin banyak yang perlu anda bayar. Sebagai contoh, saya sistem harga Aweber
Orang cakap semakin banyak list yang dikumpul, semakin banyak boleh jana pendapatan. Jadi, tak kisahlah nak bayar mahal mana pun. Ada seorang pernah cakap, apa guna ada 10,000 senarai email kalau tidak boleh buat duit untuk bayar yuran bulanan. Kalau 10,000, saya yakin boleh buatlah. Tapi macam mana pula kalau 1000 sahaja. Yang dah power tu ok la, kreadibiliti dah ada. Nak promote produk pun senang.
Yang baru bermula macam mana? Banyak yang perlu dipelajari lagi. Baca panduan tidak sama dengan apa yang diaplikasi. Baca nampak senang tapi nak buatnya payah. Memang kadang-kadang ada yang memang jenis senang nak terima sesuatu benda baru, sekali buat saja dah menjadi. Kalau macam tu ok la. Ada juga jenis yang dah buat berkali-kali tapi gagal. Jadi, ukur baju pada badan sendiri.
Nak langgan sistem autoresponder pun lihat juga apa projek yang anda nak lakukan. Adakah hanya nak kumpul untuk promote affiliate atau kumpul untuk lancar produk. Selain itu, kena lihat potensi dan persaingan niche yang nak masuk tu.Kalau niche IM, lagilah kena rancang betul-betul terutamanya kalau nak ceburi bidang affiliate. Ini kerana jika senarai email yang dikumpul itu dari orang yang baru nak belajar cara buat duit melalui internet, anda perlu educate mereka terlebih dahulu dan jika senarai email itu dari mereka yang dah tahu, anda perlu bersaing dengan pakar. Nak educate ambil masa baru boleh promosi dan nak bersaing dengan pakar perlu ada strategi. Jadi, sebelum langgan rancang terlebih dahulu.
Kalau rasa yakin boleh berjaya dengan sekali buat, terus ambil aweber/getresponse. Kalau masih ragu-ragu, cuba guna sistem autoresponder yang lain dimana harga dia terlalu mahal dan servis pun bagus. Bagus yang saya maksudkan disini adalah email yang anda hantar masuk dalam inbox. Ini yang penting sebenarnya. Cari sistem autoresponder yang menyediakan pembayaran jenis sama biar sebanyak mana senarai email yang anda kumpul.
Biarpun sistem tidak sehebat aweber/getreponse tapi anda tidak terbeban. Bayangkan untuk bulan pertama, dengan aweber/getresponse anda hanya boleh kumpul senarai email sbeanyak 500/250. Lebih dari itu, anda kena bayar lebih. Belum lagi anda boleh buat duit dah terpaksa bayar lebih. Jika menggunakan sistem lain yang bayaran sama, bulan pertama tu anda dah boleh kumpul seramai mungkin. Anda tidak risau dengan bayaran bulanan.
Biasanya bulan pertama anda tidak dapat hasil sebab bulan pertama adalah bulan untuk anda membina kreadibiliti dan meperkenalkan diri dengan subriber. Lagipun, masa itu juga adalah masa untuk anda belajar cara untuk menjalankan pemasaran email. Bulan kedua dan ketiga barulah anda mula masuk line untuk buat promosi. Jadi, untuk selamat dalam pemasaran email sediakan bajet untuk 3 bulan.
Apa-apa pun pilihan ditangan anda. Nasihat saya, ukur baju pada badan sendiri. Rancang projek kumpul senarai email dengan baik. Jangan langgan apa-apa sistem autoresponder sebelum perancangan dah dibuat.
Apa kata anda