Macam mana cara nak kurus

macam mana nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ini saya nak kongsi tips macam mana cara nak kurus. Bukan sahaja perempuan, tetapi lelaki juga nak kurus. Orang nak kurus biasanya disebabkan ingin cantik/segak dan ada juga yang disebakan faktor kesihatan.Nak kurus boleh tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan pula. Jangan diakhir nanti kurus dapat,penyakit pun dapat.Tips yang saya nak kongsikan ini adalah cara nak kurus tanpa perlu makan pil-pil kurus

Jika anda tanya pakar atau layari internet mengenai macam mana cara nak kurus, jawapan yang mereka bagi adalah jaga makan dan bersenam. Dua perkara ini memang kena jaga. Jangan abaikan salah satu jika anda inginkan keputusan yang maksima iaitu kurus dan sihat. Dengan menjaga makan, anda dapat kawal pemgumpulan lemak dan kalori dalam badan. Dengan bersenam pula, anda membakar lemak dan kalori yang berlebihan dalam badan.Semakin banyak kandungan kalori dalam badan anda, semakin banyak masa bersenam yang anda perlukan untuk kekalkan bentuk badan anda.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum merancang nak kuruskan badan adalah dengan mengira BMR (Basal Metabolic Rate) anda. BMR adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan fungsi badan dengan baik. Ini adalah bilangan minimun kalori yang badan anda perlukan. Anda boleh kira BMR anda disini.

Langkah seterusnya, saya ingin sentuh cara senaman untuk kurus. Dengan mengenai jenis senaman untuk kurus ini, anda boleh mengawal dan merancang pemakanan atau rutin diet anda. Ramai yang berdiet semata-mata nak kurus tetapi mereka meninggalkan senaman. Alasan yang diberikan adalah tiada masa. Nak tak nak, anda kena juga cari masa. Anda akan jumpa masa tu jika anda boleh atur masa anda dengan baik dan pilih senanaman yang sesuai untuk anda. Ini adalah beberapa senaman ringkas yang boleh anda lakukan

  • Senaman Aerobik
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Permainan menggunakan raket
  • Berkayak
  • Berjalan
  • Menari
  • Jogging
  • Yoga
  • Berkebun

Selain bersenam aktiviti lain seperit menonton TV, membasuh kereta,membersihkan rumah juga boleh membakar kalori anda. Kadar kalori yang dibakar dalam masa yang anda peruntukkan boleh rujuk laman ini.

Setelah anda memilih senanam yang bersesuai dengan masa anda, langkah seterusnya adalah dengan memilih makanan untuk disesuaikan dengan masa dan senaman anda. Jumlah kalori yang anda kumpul akan memberi kesan dengan jumlah masa yang diperlukan untuk bersenam. Jika anda ingin kekal langsing atau kurus, jaga pemakanan sebaiknya. Jangan makan makanan yang mempunyai banyak kalori. Ambil makanan yang seimbang dan banyakkan minum air kosong (8 gelas sehari).Ini contoh kandungan kalori yang terdapat dalam makanan sehari masyarakat Malaysia

  • Sekeping Kuih lapis (300 kalori)
  • Sebiji karipap (130 kalori)
  • Pisang goreng (170 kalori)
  • Sepotong ayam goreng (255 kalori)
  • Telur goreng (110 kalori)
  • satu setengah cawan Nasi putih (260 kalori)
  • Sepinggan nasi lemak bersambal (400 kalori)
  • Sepotong Tembikai (20 kalori)
  • Sebiji epal (63 kalori)
  • Teh tarik dna kopi susu(120 kalori)
  • Dan banyal lagi disiniĀ 

Langkah terakhir macam mana cara nak kurus adalah dengan membuat perancangan dengan menggunakan BMR, masa yang anda ada, jenis senaman yang sesuai, aktiviti harian anda dan kalori dalam makanan. Perancangan yang teratur akan dapat mengawal kadar kalori dalam badan anda (BMR). Jangan terkurang dan jangan terlebih sangat.

Saya akhiri artikel ini dengan satu link yang berguna untuk membantu anda kurus dengan konsisten. Klik gambar dibawah

Apa kata anda