Buat duit dengan blog(Bahagian 2)

buat duit dengan blog

Ini adalah bahagian 2 untuk post buat duit dengan blog. Jika anda belum membaca bahagian 1, saya sarankan anda baca dahulu supaya usaha anda untuk buat duit tidak sia-sia.Di akhir post, saya ada cakap hendak membina blog yang menarik mata memandang anda dan juga pelawat.

Blog yang menarik dari segi pemilik adalah blog yang theme yang mudah untuk di urus mengikut kesesuian post dan iklan. Untuk blog ini saja saya telah menggunakan beberapa theme. Namun theme ini juga yang paling saya suka (Kadang-kadang pernah juga terfikir untuk tukar). Saya suka blog ini kerana ianya mempunyai header dan simple.

Blog yang menarik dari segi pelawat adalah blog yang tidak berat dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk loading terutamanya jika menggunakan broadband. Boleh hilang minat nak masuk blog kalau loading lama sangat. Blog yang berat selalu disebabkan oleh theme, penggunaan widget dan penggunaan gambar. Jadi pilih theme yang simple-simple. Tak payah nak gunakan theme yang canggih-canggih sangat.

Satu lagi, iklan yang banyak juga boleh mengakibatkan blog menjadi berat. Biarpun tujuan anda membina blog untuk buat duit dengan blog tersebut tetapi jangan tamak dengan meletak semua jenis iklan dalam blog anda. Semak mata memandang. Mengikut pemerhatian saya, iklan nuffnang boleh membuatkan blog jadi berat. Itu yang iklan nuffang kadang-kadang jak ada dalam blog ni.

Blog yang menarik juga mempunyai navigasi untuk pelawat. Susunan untuk link-link blog anda pastikan memudahkan pelawat untuk mencari maklumat atau lepak lebih lama dalam blog anda. Contoh navigasi yang saya maksudkan adalah link artikel terbaru, artikel popular dan link page.

Adalah menjadi lumrah untuk blogger tukar-tukar theme blog mereka. Tabiat ini akan berhenti selagi mereka mendapat theme yang betul-betul sesuai dengan jiwa mereka. Kadang-kadang ada juga yang menukar theme kesukaan selepas menjumpai theme yang baru. Anda juga akan mengalami sindrom yang sama. Percayalah

Di sini saya nak simpulkan post ini dengan menyenaraikan beberapa tips penting semasa memilih blog.

  1.  theme yang ringan
  2. simple
  3. susunana iklan ditempat yang sesuai
  4. mempunyai header
  5. Ada navigation untuk pelawat.

Memandangkan terdapat banyak theme yang dijual dan free, maka saya kongsikan beberapa theme yang sesuai dan sering digunakan. Bagi theme yang berbayar dan terbaik, ramai mencadangkan menggunakan thesis theme. Theme ini ringkas, mesra SEO dan senang nak diuruskan. Rata-rata yang buat duit dengan blog, ramai yang syorkan theme ini.

Bagi theme percuma pula, terlalu banyak tapi saya terjumpa satu post yang menyenaraikan 1o theme wordpress terbaik. Saya dah usha-usah theme-theme tersebut dan ternyata apa yang dikatakan oleh penulis post tersebut memang betul. Theme yang disyorkan memang terbaik dan yang penting simple. Klik sini untuk lihat theme tu.

Untuk post Buat Duit Dengan Duit Blog bahagian 3 saya akan tulis mengenai ………………. (takde idea lagi). Ada cadangan?

Apa kata anda