Buat duit dengan blog (bahagian 3)

buat duit dengan blog
Related Topics

Fuhh.. Dah lama tak update blog. Untuk update yang pertama, saya nak sambung siri buat duit dengan blog yang dah lama terbengkalai. Untuk bahagian 3 ini, saya akan senaraikan beberapa plugin yang MESTI anda install. Bagi yang tidah tahu, plugin adalah satu alat untukĀ untuk memudahkan anda menguruskan blog dan untuk SEO.

Antara banyak-banyak plugin yang terdapat di di alam internet, saya sarankan anda install plugin-plugin yang saya senaraikan dibawah. Selepas itu, anda install apa-apa plugin yang anda minat. Tapi jangan install banyak sangat. Saya ada terbaca dalam forum/blog, jika banyak sangat plugin akan memberatkan blog.

Ini senarai plugin yang saya sarankan

1) All in One Seo – Plugin ini untuk memudahkan kerja-kerja SEO

2) Google Xml Sitemap – Ini untuk google bot membaca segala update blog anda. Google bot akan berjalan dalam laman ini

3) Sociable – Ini untuk memudahkan pelawat blog akan kongsi/menyebarkan artikel anda .

4) WordPress SEO by Yoast – Plugin ini untuk SEO juga. Dia akan berikan guideline on page SEO semasa menulis post

5) W3 total cache – Plugin ini untuk meringankan blog.

6) GASP Anti Spam – Ini pula untuk mengelakkan dari ruangan komen di serang komen yang spam. Lebih-lebih lagi selepas anda amibil sevices backlink komen blog.

Bagi yang masih baru dengan wordpress dan tidah tahu macam mana nak install plugin. Boleh lihat video dibawah

Sekian dulu dari saya, sebarang pertanyaan, ajukan diruangan komen dibawah. Dan jangan lupa share,like atau tweet post ini.

Apa kata anda