Hari ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk buat duit dengan blog.. Kita akan bermula dari asas iaitu pemilihan domain dan hosting, pemilihan template blog, menambah artikel dan seterusnya cara untuk menarik trafik ke blog. Selain itu, saya juga akan tunjukkan beberapa cara untuk buat duit dengan blog tersebut. Memandangka n banyak yang hendak dikupas maka saya jadikannya part by part.
Tapi sebelum itu, saya ingin ingatkan bahawa buat duit dengan blog selalunya mengambil masa yang panjang. Ini kerana kita terlebih dahulu perlu mendapatkan kepercayaan pelawat dan tarik sebanyak mungkin pelawat ke blog. Namun terdapat juga beberapa cara untuk buat duit dari blog dengan pantas. Dalam satu minggu pun dah boleh dapat duit ?.
Saya tidak akan sentuh cara cepat tersebut sebab saya dah tulis disini. Sekarang saya hanyak tunjukkan asas buat duit dengan blog. Langkah pertama yang perlu kita lakukan sebelum membina blog adalah menentukan niche blog(konsep blog) dan pemilihan nama domain dan hosting.
Sebelum anda membina blog, anda perlu memiliki sebuah domain dan hosting kerana kita akan buat blog dengan menggunakan platform wordpress. Terdapat beberapa sebab kenapa kita perlu gunakan blog wordpress dan anda boleh baca di sini
Adalah lebih baik jika kita beli domain yang melambangkan niche blog. Sebagai contoh, jika niche blog mengenai gossip artis maka nama sesuai seperti sensasiartis.com,gossiphanggat dan sebagainya. Antara berniche yang kita boleh gunakan seperti isi semasa, politik, berita,sukan,lawak, kesihatan dan sebagainya. Kelebihan blog berniche ini blog kita lebih dikenali dalam niche tersebut dan pelawat pun kebanyakkannya adalah target trafik dimana mereka berminat dengan niche tersebut. Ini memudahkan kita untuk menjana buat duit dengan blog tersebut. Kekurangan pula post kita hanya terhad kepada topik tersebut.
Jika anda ingin membuat blog personal, gunakan nama sendiri sebagai nama domain juga sesuai. Kelebihan blog personal ini adalah macam-macam yang kita boleh tulis berbanding dengan blog berniche. Dan kekuarangan, trafik tidak target. Pelawat yang dating dari pelbagai sumber. Jadi untuk blog jenis ini, susah untuk kita target jenis-jenis iklan yang sesuai. buat duit dengan blog memerlukan pelawat yang tinggi ke blog kita
Untuk pengetahuan anda, nama domain terdiri dari beberapa extension seperti .com,.net,org,info,my dan sebagainya. Tetapi saya sarankan anda seboleh-bolehnya mendapatkan domain yang menggunakan extension .com. Ini bagi memastikan orang tidak tersalah taip nama domain anda. Rugi pelawat disitu. Harga untuk satu domain dalam lebih kurang RM30 – RM35.
Setelah kita menjumpai nama domain, seterusnya kita pelu memiliki sebuah hosting untuk digunakan sebagai tempat menyimpan fail untuk di“online”kan. Dengan hosting ini juga kita boleh bina blog duit kita dengan hanya beberapa klik sahaja. Semasa mencari hosting, perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah saiz hosting (disk space), bandwidth, kestabilan dan support pelanggan.
Sebaiknya jika kita membeli domain dan hosting dari syarikat yang sama. Ini bagi memudahkan lagi kita sebenarnya. Semua syarikat hosting yang aturkan dan harga untuk mendapatkan kedua-duanya akan jadi lebih murah. Tetapi pastikan support pelanggan dari syarikat berkenaan tip top.
Nak tahu mana satu yang terbaik, kita perlulah gunakan google untuk mencari jawapan. Sebab tak semua hositng saya pernah guna. Kalau tanya pendapat saya, saya lebih suka menggunakan NETKL. Support pelanggan laju dan pakej hosting pun menarik. Dengan serendah RM60 sahaja setahun atau RM0.16 sehari.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan nama domain dan hosting anda sekarang. Dalam post seterusnya saya akan terangkan pula bagaimana untuk bina blog yang menarik mata memandang. Blog menarik juga penting untuk buat duit dengan blog.
Klik SHARE, LIKE atau TWEET jika anda suka artikel ini
Apa kata anda